Syirik adalah mengadakan tuhan yang lain di sisi, di samping atau bersama-sama Allah sama ada yang telah
- Diperkatakan dengan lisan lidah
- Difikirkan dengan akal fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Syirik terbahagi kepada 3 iaitu syirik yang terang, syirik yang tersembunyi, syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Syirik yang pertama ialah Syirik yang terang atau syirik yang nyata ialah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang terang ialah melakukan ritual penyembahan seperti menyembah matahari, menyembah patung, menyembah api dan lain-lain.
Setiap seorang mesti tahu dan boleh menghuraikan yang ia tidak boleh melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah, jika ia melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata.
Ini telah terbukti kepada orang yang telah dilahirkan di dalam keluarga yang berugama Islam, mereka tidak pernah melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah kerana mereka tahu dengan penuh keyakinan (yakin tanpa ragu), jika mereka melakukan ritual penyembahan kepada selain daripada Allah bermakna mereka telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata...
Syirik yang kedua ialah syirik yang tersembunyi iaitu merasai keberadaan badan diri sendiri atau merasai keberadaan sesuatu selain daripada Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi ialah sangkaan kepada ada diri sendiri, sama ada dengan cara
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.
Setiap seorang mesti tahu, boleh menerang dan menghuraikan yang ia tidak boleh merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri atau keberadaan makhluk lain sama ada yang telah dilakukan dengan cara
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang perkara-perkara yang menunjukkan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain.
Setiap seorang mesti tahu, boleh menghuraikan dan menerangkan Jika seseorang itu sama ada telah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan atau keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia telah dan sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Dengan tahu dan boleh menghuraikan yang seseorang itu tidak boleh sama ada
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah dan jika telah sama ada
- Difikirkan dengan fikirannya atau
- Ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri sendiri atau tentang keberadaan makhluk-makhluk selain daripada Allah bermakna ia sedang melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Dengan tahu, boleh menghurai dan menerangkan sedemikian rupa sehingga akan menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Syirik yang ketiga ialah syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi iaitu bersangka Allah
Yang akan menyebabkan terjadinya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ialah sangkaan kepada ada Allah sama ada yang dilakukan dengan cara
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain
Setiap seorang mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan, Jika seseorang itu sama ada telah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain
Bermakna ia sedang melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Dengan tahu dan boleh menghuraikan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi sehingga menjadi satu keyakinan (yakin tanpa ragu), akan menyebabkan seseorang itu akan terhenti daripada melakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Kerana ia telah tahu dengan yakin tanpa ragu, jika ia sama ada telah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain bermakna ia telah melakukan perkara-perkara yang apabila ia lakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Dengan ini ia mesti berusaha supaya ia tidak akan sama ada
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana telah timbul keyakinan tanpa ragu kepada dirinya jika ia sama ada telah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ia telah melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi.
Keterangan tentang akan berlakunya syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi ini terdapat keterangannya di dalam firman Allah pada Surah Sabak ayat 27
Katakanlah lagi:
"Tunjukkanlah kepadaku sifat-sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
Tidak ada pada sesuatu makhluk pun sifat-sifat itu,
bahkan yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".
Di dalam firman di atas Allah telah menerangkan bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan diri sendiri yang sedang dirasakan sebagai sifat badan diri sendiri dan yang ada pada makhluk yang dipandang sebagai keberadaan makhluk tersebut. Adalah merupakan apa yang telah dihubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk sesuatu selain daripada Allah. inilah yang dimaksudkan dengan firman Allah makhluk-makhluk yang kamu hubungkan dengan Allah sebagai sekutu-sekutuNya.
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI
Allah berfirman memperjelaskan bahawa tidak ada pada sesuatu makhluk sifat-sifat ketuhanan itu
Hanya Allah sahaja yang mempunyai sifat-sifat ketuhanan.
Di sini memperjelaskan lagi bahawa sesiapa yang merasakan akan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri di samping ada Allah sebenarnya sedang berlaku sepertimana yang telah difirmankan oleh Allah
Dan (jika ada) sesiapa di antara mereka berkata: "Sesungguhnya aku ialah tuhan selain dari Allah", maka yang berkata sedemikian itu, Kami akan membalasnya dengan (azab) neraka jahannam; demikianlah Kami membalas golongan yang zalim.
KEBERADAAN BADAN DIRI SENDIRI DIISTILAH PADA DIRI SENDIRI APABILA DISEBUT AKAN DISEBUT SEBAGAI AKU
SEDANG MERASAI ADA BADAN DIRI SENDIRI JIKA DIHURAIKAN SECARA LISAN AKAN MEMBAWA MAKNA BAHAWA ORANG YANG SEDANG MERASAKAN KEBERADAAN, KEAKUAN ATAU KEUPAYAAN BADAN DIRINYA SEDANG BERKATA SESUNGGUHNYA AKU IALAH TUHAN SELAIN DARI ALLAH.
MENGETAHUI YANG SIFAT ADA DAN SEGALA SIFAT KETUHANAN SEPERTI (ILMU, HAYAT, QUDRAT, IRODAT, MELIHAT, MENDENGAR, BERKATA-KATA DAN LAIN-LAINNYA) ADALAH SIFAT ALLAH, SELAIN DARI ALLAH BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA DAN BERSIFAT DENGAN SIFAT MUSTAHIL BAGI ALLAH
APABILA SESEORANG ITU MERASAKAN YANG BADAN DIRINYA BERSIFAT DENGAN SIFAT ADA BERMAKNA IA SEDANG MERASAI SIFAT KETUHANAN ALLAH (ADA) ADALAH SEBAGAI SIFAT BADAN DIRINYA SENDIRI..
OLEH KERANA SIFAT ADA ITU SEBENARNYA SIFAT KETUHANAN ALLAH , MAKA SEDANG MERASA ADA BADAN DIRI SENDIRI BERMAKNA ORANG TERSEBUT SEDANG MELETAK ATAU MENGISBATKAN SIFAT KETUHANAN ALLAH KEPADA BADAN DIRI SENDIRI (YANG SEBENARNYA BERSIFAT DENGAN SIFAT TIDAK ADA)..
Sedang merasakan keberadaan, keakuan dan keupayaan badan diri sendiri membawa makna sedang bertuhankan kepada nafsu sendiri sepertimana firman Allah pada
Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya: tuhan yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak ingat dan insaf?
ATAU DENGAN KATA LAIN SEDANG MENJADIKAN KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN SELAIN DARIPADA ALLAH, SEDANG MENJADIKAN YANG BUKAN TUHAN IAITU KEUPAYAAN BADAN DIRI ATAU HAWA NAFSU SENDIRI SEBAGAI TUHAN YANG LAIN DISISI ATAU DISAMPING ALLAH.
Hawa nafsu sendiri atau keupayaan badan diri sendiri bukan tuhan tetapi telah dijadikan sebagai tuhan yang lain di sisi atau di samping Allah
Ini adalah perbuatan sedang sekutukan badan diri sendiri dan makhluk-makhluk sebagai sekutu dengan Allah
Begitu juga jika seseorang memandang ada makhluk selain daripada ada Allah membawa makna orang tersebut sedang meletakkan sifat ketuhanan Allah kepada makhluk tersebut yang membawa erti ia sedang menjadikan makhluk tersebut sebagai tuhan selain daripada Allah, bermakna sedang bertuhankan kepada dua atau lebih Tuhan selain daripada Allah membawa makna sedang menyekutui Allah dengan sesuatu yang lain. Keadaan ini juga dipanggil sebagai syirik
Firman Allah yang memperjelaskan bahawa hanya ada tuhan yang satu (maha esa) dan larangan supaya jangan bertuhankan kepada dua tuhan
Tuhan kamu (yang berhak disembah) ialah Tuhan yang satu (Maha Esa); oleh itu, orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat: hati mereka ingkar dan sikap zahir mereka sombong takbur (menentang kebenaran).
Dan Allah berfirman: "Janganlah kamu bertuhankan dua tuhan, kerana sesungguhnya Tuhan itu hanyalah Tuhan yang satu; maka kepada Akulah sahaja hendaknya kamu gerun gementar.
Apabila seseorang telah membaca firman Allah pada Surah Saba' ayat 27, tahulah ia bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk termasuk pada badan diri sendiri adalah sifat ketuhanan kepunyaan Allah, makhluk tidak mempunyai sifat ketuhanan. Sifat ketuhanan yang ada pada makhluk akan dirasakan sebagai sifat makhluk tersebut kerana seseorang itu masih memandang keberadaan makhluk tersebut.
Sebenarnya sifat ketuhanan yang ada pada makhluk tersebut adalah sedang menunjuk atau menerangkan itu adalah sifat ketuhanan Allah
Ini yang telah diketahui, semasa diketahui yang sifat ketuhanan yang ada pada makhluk-makhluk itu adalah sifat ketuhanan Allah, jauh di dalam rasa perasaan yang merasai seseorang itu tetap akan merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu selain daripada Allah, Dengan pengetahuan yang diketahui ini tidak akan menghilangkan akan keberadaan badan dirinya sendiri dan keberadaan sesuatu yang lain, selain daripada Allah
Maksudnya dengan mengetahui bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat ketuhanan Allah, tidak akan menghilangkan rasa keberadaan, keakuan dan keupayaan badan dirinya sendiri.
Perkara ini baru berada di dalam ilmu dan pengetahuannya, belum lagi berlaku di dalam perlakuannya kerana di dalam perlakuannya ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri.
Di sini timbul dua keadaan yang berbeza iaitu apa yang ada di dalam ilmu dan pengetahuannya ialah segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan Allah
Dan yang kedua ialah apa yang sedang dilakukan pula ia sedang merasai segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat badan dirinya sendiri sebab ia masih lagi merasakan keberadaan badan dirinya sendiri
Apa yang sedang berlaku di dalam keadaan ini ialah sudah ada di dalam ilmu dan pengetahuannya bahawa segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya ialah sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah, tetapi ia masih lagi merasakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat kepunyaan dan milik badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaan badan dirinya sendiri.
Apa yang akan berlaku jika ia sama ada telah
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan ia sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain ialah akan timbul sangkaan yang sedang menyangka sifat ketuhanan yang sedang dirasakan sebagai sifat badan dirinya sendiri itulah yang akan disangka sebagai sifat ketuhanan kepunyaan dan milik Allah.
Setiap seorang tidak boleh memperkatakan yang sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya adalah sifat Allah ketika ia masih lagi sedang merasakan akan keberadaan badan dirinya sendiri kerana apa yang akan berlaku ialah dia akan memperkatakan sifat ketuhanan yang sedang dirasakan atau yang sedang disangka sebagai sifat badan diri sendiri itu adalah sebagai sifat ketuhanan Allah
Keadaan ini akan berlaku dengan cara yang tidak disedari.
Seseorang yang sedang memperkatakan segala sifat ketuhanan yang ada pada badan dirinya sendiri adalah sifat ketuhanan Allah, di dalam keadaan ia sedang merasai akan keberadaan badan dirinya sendiri menyangka bahawa apa yang telah diperkatakan tersebut ia telah mengesakan Allah tetapi sebenarnya apa yang sedang diperkatakan tersebut adalah merupakan syirik kerana sebenarnya ia sedang menyangka keberadaan badan dirinya yang sedang dirasakan keberadaannya itulah yang akan disangka sebagai keberadaan Allah.
INI ADALAH MERUPAKAN SYIRIK YANG TERSEMBUNYI LAGI TERSEMBUNYI
APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENJADI SEORANG YANG DIBERSIHKAN DARIPADA SEBARANG SYIRIK
Yang dibersihkan daripada sebarang syirik ialah satu jalan yang lurus yang iblis tidak boleh hasut dan yang akan sentiasa dipelihara oleh Allah
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya.
"Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
Iblis berkata: " Demi kekuasaanmu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, -
" Kecuali hamba-hambaMu di antara zuriat-zuriat Adam itu yang ikhlas".
FIRMAN ALLAH YANG MENJELASKAN IKHLAS IALAH BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK
Dalam pada itu, apabila mereka naik bahtera (lalu menemui sesuatu bahaya di laut), mereka memohon pertolongan kepada Allah dengan doa yang tulus ikhlas kepadaNya. Kemudian setelah Allah menyelamatkan mereka (naik) ke darat, mereka berlaku syirik kepadaNya.
TULUS IKHLAS LAWANNYA SYIRIK
Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.
Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya.
Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orang-orang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): "Kami tidak menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka mendampingkan kami kepada Allah sehampir-hampirnya", sesungguhnya Allah akan menghukum di antara mereka (dengan orang-orang yang tidak melakukan syirik) tentang apa yang mereka berselisihan padanya. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang tetap berdusta (mengatakan yang bukan-bukan), lagi sentiasa kufur (dengan melakukan syirik).
KESIMPULAN DARI FIRMAN ALLAH SEPERTI DI ATAS IALAH IKHLAS SAMA ERTINYA DENGAN BERSERAH DIRI BULAT-BULAT KEPADA ALLAH DAN JUGA MEMBAWA MAKSUD KEPADA BERSIH DARIPADA SEBARANG SYIRIK..
HENDAKLAH MELAKUKAN SESUATU PERKARA DENGAN CARA YANG DIKEHENDAKI OLEH ALLAH DAN RASUL IAITU SEPERTI FIRMAN ALLAH DI DALAM AL-QURAN DAN SABDA NABI SAW DI DALAM HADIS
Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).
Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).
BUKAN MENGIKUT PANDANGAN ATAU PENDAPAT MASING-MASING SEPERTI YANG TELAH DISABDAKAN OLEH RASULULLAH SAW
Suatu ketika, Rasulullah SAW ditanya tentang maksud firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! jagalah sahaja diri kamu. Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan”
"Bahkan sesungguhnya serulah manusia kepada kebaikan dan cegahlah dari kemungkaran. Kamu nanti akan melihat satu keadaan di mana kebatilan akan dituruti, hawa nafsu akan jadi ikutan dan dunia ini akan lebih diutamakan.
SETIAP ORANG AKAN TENGGELAM DALAM PANDANGAN MASING-MASING
Peliharalah diri kamu dan janganlah dituruti orang ramai. Sesungguhnya selepas zaman kamu ini, akan datang hari-hari yang menuntut kesabaran, dan kesabaran itu akan menjadi seperti perbuatan menggenggam bara api di dalam tangan. Sesiapa yang terus bertahan dengan keadaan itu akan mendapat ganjaran seperti 50 orang yang berbuat perkara yang sama” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah, ganjaran 50 orang seperti mereka?” Baginda menjawab, “Ganjaran 50 orang seperti kamu”
JANGAN MENGELUARKAN PENDAPAT SECARA AGAK-AGAK SAHAJA, ATAU JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG BADAN DIRI SENDIRI TIDAK MERASAI DAN MENGALAMI SENDIRI, KERANA INI AKAN TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG YANG MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN.
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam dalam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).
ORANG YANG TENGGELAM DI DALAM KEJAHILAN IALAH ORANG YANG MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK
Ini telah diperjelaskan di dalam firman Allah pada Surah Al-A'raf dari ayat 138
Dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang Laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan. Nabi Musa menjawab: Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.
JANGAN MEMPERKATAKAN SESUATU YANG TIDAK DILAKUKAN
Kerana memperkatakan sesuatu yang tidak dilakukan telah diberikan amaran keras oleh Allah melalui firmanNya pada
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
Setiap orang yang telah memperkatakan sesuatu tentang makrifatullah mesti tahu, boleh menghurai dan menerangkan bagaimana hendak melakukan jalan dan cara untuk menetapkan pegangan atau iktiqad dan tauhid mengikut sepertimana yang dikehendaki oleh Allah
ATAU BUKAN MENGIKUT DARI CAKAP-CAKAP ORANG
Dan segala yang mereka sembah yang lain dari Allah, tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memberikan syafaat pertolongan, kecuali sesiapa yang memberi penerangan mengakui kebenaran dengan mentauhidkan Allah, Tuhan Yang Sebenar-benarnya secara mereka mengetahuiNya dengan yakin (bukan dengan kata-kata orang; maka merekalah yang mungkin diizinkan memberi dan mendapat syafaat itu).
Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka:
"Siapakah yang menciptakan mereka?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (Jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?
Dan (Dialah Tuhan yang Mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai TuhanKu! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman (maka terserahlah kepadaMu untuk mengadilinya)!"
(Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggalah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)!"
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan dilakukan perkara-perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik, sama ada syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Jangan melakukan ritual penyembahan seperti menyembah patung-patung, menyembah matahari, menyembah bulan, menyembah api dan lain-lain lagi kerana perbuatan ini akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata
Jangan menyangka-nyangka kepada ada badan diri dengan cara tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan jangan ada yang terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain, kerana sangkaan kepada ada diri dengan cara
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Tentang keberadaan badan diri dan keberadaan makhluk-makhluk lain
akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi.
Jangan menyangka-nyangka kepada sangkaan ada Allah yang dilakukan dengan tidak lagi memperkatakan dengan lisan lidah, tidak lagi memikirkan dengan fikirannya dan tidak ada lagi yang terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain kerana sangkaan kepada ada Allah yang dilakukan dengan cara
- memikirkan dengan fikirannya
- dan ada terlintas di dalam hatinya
Yang ada hanya Allah di dalam keadaan sedang dan masih lagi merasakan akan keberadaan badan diri sendiri dan keberadaan makhluk-makhluk lain akan menyebabkan berlakunya syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Setelah tidak lagi melakukan perkara yang apabila dilakukan akan menyebabkan berlakunya syirik yang nyata, syirik yang tersembunyi dan syirik yang tersembunyi lagi tersembunyi
Barulah seseorang itu melangkah ke hadapan dengan melaksanakan perintah Allah untuk bertaubat daripada melakukan sebarang perbuatan syirik yang diambil iktibar dan pengajaran dari peristiwa kaum Nabi Musa yang telah diperjelaskan oleh Allah di dalam firmanNya pada
Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya:
"Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu,
maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu;
iaitu "BUNUHLAH DIRI KAMU".
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani".
Kaum nabi Musa telah melakukan syirik dengan menyembah patung anak lembu. Perbuatan menyembah patung anak lembu adalah merupakan satu contoh dari perbuatan syirik..
Di dalam firman ini Allah telah menerangkan bahawa Nabi Musa telah memerintahkan kepada kaumnya supaya bertaubat daripada melakukan perbuatan syirik tersebut melalui perintah “BUNUHLAH DIRI KAMU"